Tuesday, December 8, 2009

Ceramah di Masjid Jamek Sri Petaling

Masjid Jamek Sri Petaling

















A very good posting taken from http:/// provides us some important guidance how to preserve our iman or belief. Thanks for sharing. Jazakallahu khair!

Pada 15/11/2009, aku ke Masjid Jamek Sri Petaling ikuti program mingguan di sana. Berikut adalah perkara-perkara penting dalam ceramah (maghrib) yang disampaikan oleh Ustadz Hamid:

1) Manusia akan yakin dengan apa yang diusahakan pada setiap hari. Apakah yang kita usahakan hari-hari?

2) Disisi Allah perbezaan antara dua orang yang pergi bekerja dengan iman dan tanpa iman umpama langit dan bumi.

3) Dakwah nabi 13 tahun di Mekah amar makruf untuk hancurkan keyakinan yang salah dalam hati.

4) Sebenarnya kita masih lagi tidak faham bagaimana dengan agama boleh berjaya.

5) Kisah paling banyak diceritakan di dalam al-Quran adalah kisah bani Israel, namun setiap hari tanpa sengaja kita ulang ‘perkataan’ yang pernah dilafazkan oleh bani Israel…

6) Semua kisah di dalam Al-Quran menceritakan kesudahan yang baik (berjaya) adalah bagi orang yang bertaqwa.

7) Dengan agama kita Berjaya. Bagaimana nabi telah tunjukkan agama akan datang pada ummat ini adalah dengan cara yang telah tunjukkan baginda Muhammad Rasulullah saw.

8) Apabila dakwah ditinggalkan maka, generasi masa hadapan yang lahir dengan shahwat mereka meninggalkan solah (kami minta lindungan dari Allah).

9) Nahi munkar = indirect (major)/ direct (minor)

10) Dalam diri kita sendiri ada bukti kekuasaan dan kehebatan Allah yang ditunjukkan.

11) Tidak pergi ke sekolah pun boleh cerita kebesaran dan kehebatan Allah.

12) Perkataan yang betul untuk guna ‘kalau’ adalah supaya kesalahan yang sama tidak berulang semula. Jangan buka ruang pintu syaitan dengan menggunakan ‘kalau’ dengan cara yang salah.

13) Rasa kematian adalah sama seperti dicincang dengan 1000 pedang, namun seorang yang syahid umpama rasa gigitan semut.

14) Apabila kita ada takluk dengan seseorang, kita suka/ rindu nak jumpa. Adakah hati kita ada takluk kepada Allah?

15) Setelah habis ilmu manusia maka bermulalah ilmu anbia’ ‘alaihimusollatu wassalam.

16) Mana yakin kita kepada kehidupan Rasulullah?

17) Allah telah letakkan keredhaan/ janji-Nya pada cara nabi dan yang golongan yang mengikuti nabi.

18) Walau nabi telah wafat, semasa Rom nak menyerang Islam, namun bantuan Allah tetap datang. replica watches Bantuan Allah datang pada amalan agama. Maka, jagalah agamamu!

19) Dua perkara, sama ada jaga agama (Islam) atau jaga orang Islam? Allah akan jaga orang Islam selagi orang Islam jaga agama Allah (Islam). Tiada jaminan dari Allah untuk menjaga orang Islam yang tidak menjaga agama Allah.

No comments: